Pejam celik pejam celik kita
sudahpun berada di penghujung tahun 2013. Tahun ini menyaksikan pelbagai
kisah suka dan duka dan isu-isu semasa yang membuatkan kita bangga,
sedih, marah dan lain-lain lagi (pasca PRU-13 dan siri kenaikan harga
barang). Apa-apa pun yang terjadi, saya berharap agar kita semua terus
tabah dalam mengharungi hidup dan selalulah bersyukur kepada Allah SWT.
Buat industri nasyid tanah air pula, lagu-lagu baru yang muncul di sepanjang tahun ini telah berjaya mencuri hati peminat-peminat masing-masing. Di samping itu, trend artis yang bersara dari dunia hiburan dan menjadi pendakwah seni terus menjadi kesyukuran dan kebanggaan kita semua. Apatah lagi apabila melihat ada yang bertemu jodoh yang berkongsi pengalaman menyelusuri jalan keinsafan yang sama. Alhamdulillah...
Buat industri nasyid tanah air pula, lagu-lagu baru yang muncul di sepanjang tahun ini telah berjaya mencuri hati peminat-peminat masing-masing. Di samping itu, trend artis yang bersara dari dunia hiburan dan menjadi pendakwah seni terus menjadi kesyukuran dan kebanggaan kita semua. Apatah lagi apabila melihat ada yang bertemu jodoh yang berkongsi pengalaman menyelusuri jalan keinsafan yang sama. Alhamdulillah...
Seperti kebiasaannya di penghujung tahun ini, akan muncullah pelbagai jenis senarai 'best of the best' yang meliputi pelbagai topik. Che Ahmad
juga tidak mahu melepaskan peluang ini untuk berkongsi dengan para
pembaca sekalian nasyid-nasyid terbaik yang menjadi halwa telinga kita
di sepanjang tahun 2013. Antara kriteria yang dilihat adalah tempoh masa
berada di carta nasyid ikim.fm, populariti lagu dan keunikan yang
tersendiri. Lagu-lagu ini tidak semestinya baru dilancarkan pada tahun
2013 di mana ada sesetengahnya dilancarkan pada tahun lalu dan bertahan
sehingga ke pertengahan tahun 2013.
Jadi tanpa membuang masa, terimalah anugerah...
~ 20 LAGU NASYID TERBAIK TAHUN 2013 ~
Tempat Pertama
Kasih Padamu - Hafiz Hamidun
Berada di carta lebih 40 minggu (10 bulan), lagu ini ditujukan khas buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad
SAW yang kita rindui dan kasihi selalu. Sesiapa yang mengikuti sirah
perjalanan Baginda SAW dengan bersungguh-sungguh pastinya akan jatuh cinta
dan bertambahlah kasih dan rindu kepada insan agung ini. Keindahan budi
pekerti, akhlak, rupa paras yang sempurna dan pengorbanan Baginda dalam
usaha dakwah untuk menyinari kehidupan manusia dengan nur Islam yang
menenggelamkan kejahilan menjadi kenangan dan kerinduan kita semua.
Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Baginda SAW.
LIRIK:
Rasulullah...Dalam sirahmuKutemu tulusnya cintaDemi umatmu berkorban jiwaSehingga hujung nyawaKau diutus atas nama kebenaranDengan fasih lidah beri penjelasanSabar dalam apa jua keadaanTak goyah dengan ranjau tekananWalau diri bisa menakluki takhtaTetap rendah hati penuh sederhanaSegalanya demi Lillahi Ta'alaAzimat yang berhargaRasulullah...Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah
Rasulullah...
Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun iman bertahun di lapangan mujahadah
Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat
Rasulullah...
Terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu
Rasulullah...
Dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah
Ya Rasulullah... Ya HabibAllah...
Pabila terkenangmu
Mengalir air mataku
Abe: Bila diteliti lirik dan irama lagu ini, ternyata Hafiz Hamidun sememangnya insan seni yang berbakat!
Tempat Kedua
Don't Forget Allah - Farid Sanullah
Walaupun
tidak berada di carta ikim, lagu yang didendangkan oleh munshid
warganegara Australia kelahiran tanah air ini telah mencuri hati ramai
peminat nasyid yang mendengarnya buat pertama kali, tertarik dengan
larikan biola dan senikatanya yang indah, mudah diikuti serta mudah
difahami seiring dengan mesejnya yang simple iaitu - don't forget Allah!
LIRIK:
You're down and out you just can't copeYou wanna shout you lost all hopeOn your knees, begging pleaseYou turn and pray to find your wayHey, you make du'a Allah’s thereWhoever you are because He caresThen you forget to say thank you AllahYou forget to say InsyaAllahYou forget to say SubhanallahRaise your hands AlhamdulillahLets flashback lets backtrack to a time like yours and mineThe story of the three who long to be free of their miseryTo the poor he opened the doors gave him plenty of His bountyThen you forget to say thank you AllahYou forget to say InsyaAllahYou forget to say SubhanallahRaise your hands AlhamdulillahCan't you see His promise to youCan't you see His promise is trueHold on to the rope of AllahDon't lose hope in AllahIf you remember Allah in prosperityHe’ll not forsake you in adversityBe mindful of Allah He’ll guide you to all that is goodThen you forget to say thank you AllahYou forget to say InsyaAllahYou forget to say SubhanallahRaise your hands AlhamdulillahYou're down and out you just can't copeYou wanna shout you lost all hopeOn your knees, begging pleaseYou turn and pray to find your way
Abe: Ada iras-iras Farid Sanullah
Tempat Ketiga
Al-Haq Yang Satu - Mawi feat. Dato' AC Mizal
Sebuah
lagu yang memberi nafas baru kepada industri nasyid tanah air. Walaupun
baru disenaraikan dalam carta Ikim pada bulan November, namun lagi ini
pantas mendapat tempat di hati peminat-peminat nasyid tanah air.
Kehadiran semula Mawi dengan suaranya yang lunak dan alim-alim gitu
pastinya dirindui oleh para peminat kipas-susah-mati beliau. Di sebalik
senilagu yang berbeza dari kebiasaan, senikata lagu ini mengandungi
bait-bait zikir istighfar yang penuh dengan pengertian dan keinsafan
yang mendalam. Hayatilah liriknya dan datangkanlah kekesalan dari
hati yang ikhlas ingin mendekatiNya sekaligus membimbing isteri dan
anak-anak bersama. Semoga lebih ramai lagi artis yang diberikan kekuatan untuk berhijrah meninggalkan dunia hiburan yang dimurkaiNya. Amiin...
LIRIK:
(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu, ku perbetulkan segala kesilapan lalu.
Andainya kupernah melukakan hatimu, izinkan aku mengubati jiwa ragamu.
Segala-gala suka dan duka tak pernah dapat kulupa
Daku manusia biasa dibawa dosa pahala
Hidup di dunia cuma sementara janganlah leka jangan terpedaya antara kaca dan juga permata
(Mawi)
Ku bersujud padaMu
Berdoa pada Yang Satu
PadaMu aku mengadu
Allah Yang Satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Kuingin dekat denganmu...
Ya Allah x2
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ya Allah x2
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti
(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi, kukota kata-kata yang telah kujanji
Andainya ditakdirkan esok aku pergi, susun sepuluh jari memohon diampuni
Janganlah bersedih berduka berjumpa di sana semula
Kembali kepada Pencipta di ruang yang luas terbuka pintu syurga dan neraka
Betapa kau bersedih berduka dijiwa gelora di dalam dilema menanggung derita
(Mawi)
Ku bersujud padaMu
Berdoa pada Yang Satu
PadaMu aku mengadu
Allah Yang Satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Kuingin dekat denganmu...
Ya Allah x2
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ya Allah x2
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti
Allahhu ya hafizu nafsi waruhi bismillahi jibril
Fi amini bismillahi mikail
Fi shimali bismillahi israfil
Fi a'mami bismillahi izrail
(AC Mizal)
Allahu Akbar Allah Yang Maha Besar
Mari memuji memuja Maha Kaya Berkuasa
Ampunilah segala dosaku yang lalu kumerindui padaMu
Setiap hembusan nafasku kuseru namaMu
Sebagai hambaMu yang lemah dan hina
Terangkanlah jalanku yang penuh berliku
Kuberdoa padaMu dekatkan diriku denganMu
Tenangkan jiwaku terangkan jalanku
Abe: moga dapat menghayati isi-nya bukan sekadar nyanyian-nya sahaja
Tempat Keempat
Ikramul Kareem - UNIC feat. IM Hassan, IM Jabbar, IM Hafiz & IM Naufal
Ikramul
Kareem adalah sebuah lagu zikir yang memuji nama-nama Allah yang
termulia dan dimuliakan. Ia turut menyelit bait-bait zikir taubat yang
diberikan nafas baru. Alunan senilagu yang juga sangat menyentuh hati
yang ingin selalu dekat kepada Allah SWT.
LIRIK:
Rahman
Rahim
A'liyul A'zimul Karim
Ghaffar
Qahhar
Razzaqul Fattahul A'lim
Khabir
Shahid
Hamidr Raqibul Muqit
Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa 'ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul dzanbil adzhim
Rahman
Rahim
A'liyul A'zimul Karim
Ghaffar
Qahhar
Razzaqul Fattahul A'lim
Kau selalu ada di hatiku
Ku kan selalu menyebut namaMu Allah Allah
Allah, aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar
Dan sujudku rebahkan untuk mengharapkan
Keampunan keredhaan kasih sayang dan rahmat
DariMu Ya Allah
Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa 'ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul zanbil adzhim
Allah, aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar
Kau pengampun dosa-dosa besar
Tempat Kelima
Kasih - Mestica feat. Dakmie
Sebuah
lagu lama yang dihidupkan semula ciptaan Dakmie. Lagu yang sepatutnya
dimuatkan di dalam album ketiga UNIC kini menjadi single yang sangat
popular di kalangan pendengar nasyid. Lagu ini memiliki senikata yang
sangat indah dan sayu. Kasih yang dimaksudkan itu ialah junjungan besar
nabi kita Muhammad SAW yang telah menitiskan air mata tatkala
mengenangkan nasib umatnya di saat Baginda menghembuskan nafas yang
terakhir...
(klip video yang ada cuma persembahan pentas yang lama)
(klip video yang ada cuma persembahan pentas yang lama)
LIRIK:
Kasih yang aku rindu
Membawa perasaan pilu
Kasih yang aku tunggu
Menjelma dalam mimpiku
Kan termetrilah
Hati yang terlalu gundah
Membelai rasa yang terindah
Kasih yang tersembunyi
Di balik kesucian hati
Kasih yang kumiliki
Hamparan dari ilahi
Dan terlerailah
Hati yang terlalu gundah
Membelai masa yang terindah
Terbentang luas pandangan
Pada mata yang memandang keindahannya
Airmata kasih yang mengalir
Menzahirkan kecintaan
Yang tak terhingga
Hinggaku merasa kaku
Hinggaku merunduk malu
Betapa hebatnya
Cintamu..
Abe: Alangkah indahnya apabila sang kekasih muncul di dalam mimpi...
Tempat Keenam
Aku Yang Berdosa - Shahir AF8
Lagu
yang dilancarkan pada tahun 2012 ini terus gah menakluki carta Ikim
tahun ini. Sememangnya lagu ini mempunyai kekuatannya tersendiri
walaupun dengan senikata yang mudah. Tahniah Shahir kerana berjaya membawakan lagu ini dengan sepenuh hati dan perasaan yang dibasahi keinsafan di atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
LIRIK:
Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburiku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu
Tempat Ketujuh
Kau Ditakdirkan Untukku - Inteam feat. Aden Edcoustic
Menjelangnya
hujung tahun ini, sudah tentu ramai yang akan melangsungkan pernikahan.
Jadi saya rasa tidak sah jika tidak dimasukkan sebuah lagu romantis
islami buat pengantin baru. Malahan bukan untuk pengantin baru sahaja,
boleh juga tujukan khas kepada isteri untuk ulangtahun perkahwinan akan
datang. Insya Allah isteri akan terharu dan rumahtangga akan terus
bahagia. Walau apa pun sebabnya, lagu ini memang layak untuk
disenaraikan sebagai antara lagu terbaik 2013.
LIRIK:
Terucap syukurku
Aku memilihmu untuk menjadi teman hidup setia selamanya
Belahan hati ini
Kini telah terisi aku dan dirimu mengikat janji bahagia
Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan
Belahan jiwaku
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia disurga-Mu
Pegang tanganku tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku
Ikatan suci ini
Selalu kan ku jaga
Meniti sakinah
Penuh Kasih Sayang dan Rahmat-Nya
Abe: Untuk isteri tercinta...
Tempat Kelapan
Maafkan Aku - Nowseeheart
Lagu
terbaru oleh Nowseeheart kini sedang hangat mendaki carta ikim.fm. Lagu
ini pastinya memberikan nafas baru kepada industri nasyid tanah air
dengan rentak yang lebih dekat kepada generasi muda. Ayuh dengarkan...
LIRIK:
Selama menjalani kehidupan iniTiada kusedari kesilapan diriAku tidak berdaya hanyalah manusiaTerlanjur ku ada aku biasaMengapa tidak ku mengerti semua yang terjadiHanya penuh anggapan yang jauh menyasariBenarkah ada kesempatan ditebusi segalaUsah biarkan aku terus hidup tersiksaAku bersalah Aku berdosaSelalu mengingkariMuKan ku derita Kan ku sengsaraTanpa kemaafanMuDan aku menyesal Aku bertaubatDari semua dosakuKesilapanku KekurangankuDalam mentaatiMuPastinya aku bahagiaDi dunia jua disanaRahmatMu itu segalaMembawa ke syurgaBenarkah ada kesempatan ditebusi segalaUsah biarkan aku terus hidup tersiksa
Abe: Aku maafkan...
Tempat Kesembilan
Iman Aman - Inteam
Lagu kegemaran peribadi penulis buat tahun 2013. Iman Aman adalah sebuah lagu dakwah untuk pendakwah untuk mengekalkan keimanan di dalam hati dan mengekalkan keamanan yang dikecapi.
LIRIK:
Tuhan... gelora dunia
Mengundang resah menyulam seksa
Fitnah bersengketa jadi mainan
Manusia lari dari ajaran agama suci
Memilih haluan bermusuhan
Petunjuk iman disisihkan bukan lagi rujukan
Nikmat keamanan dunia gersang sekali
Di mana mujahid yang cintakan keamanan
Kembalikan nafas jihad semarakkan kesedaran ummat
Marilah berdakwah berukhwah satukan hati
Tarbiah berilmu beriman murnikan budi
Berjuang berkorban beramal sucikan diri
Inilah nilaian pejuang yang dicari
Keamanan mekar segar bersendikan pohon iman
ayuh sedia wahai pejuang jika mahu ambil pengajaran
Marilah berdakwah berukhwah satukan hati
tarbiah berilmu beriman murnikan budi
berjuang berkorban beramal sucikan diri
inilah nilaian pejuang yang dicari
Betapa indahnya indahnya merendang teduh
hamparan ditaman buana bernama amal
oooo... iman dan amal...
Tempat Kesepuluh
Ya Maulana - Opick
Lagu
baru Pak Opick dalam album terbarunya yang berjudul Ya Maulana 2013.
Lagu ciptaan Opick senantiasa indah senikatanya dan mudah senikatanya
untuk kita dan anak-anak menyanyi bersama.
LIRIK:
Maulana Ya Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa
Engkau pemurah, Engkau penyayang
Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan
Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi
Mengabulkan setiap doa dan harapan
Segala duka hatiku hilang hilangkan
Semua salah dosaku mohon ampunkan
Airmata lukaku hapus-hapuskan
Doa hari-hariku harap kabulkan
Abe: Berkesempatan melihat persembahan lagu Ya Maulana secara live baru-baru ini
TEMPAT KE-11 HINGGA KE-20
11. Hufaz – Selagi Ada Waktu
LIRIK:
Hitam putih kehidupanDunia hanya satu persinggahan
Kita sendiri yang menentukan
Harus percaya pada keupayaan
Tabahkan hati menempuh cabaran
Sampai masa akan ditinggalkan
Jangan hanyut dalam kelalaian
Dibuai dunia penuh kepalsuan
Tersesat kita di dalam perjalanan
Masih ada jalan untuk pulang
Selagi diberi kesempatan
Dalam perjalanan kadang kita lupa
Dan asyik mengejar nikmat dunia
Apakah kita lupa tujuan sebenar
Mengapa kita dijadikan Tuhan?
Ada buruk baik keduanya beriringan
Gunakan iman menepis dugaan
Mencari yang benar sebagai pedoman
Harus percaya janji Tuhan
Yang pasti benar
12. Maher Zain – This Worldly Life
LIRIK:
How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh
This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it's taking me back to You
This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh
This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
13. Firast – Epilog Perjuangan
LIRIK:
Tika fajar nan menyinsing membawa sinar cahaya
Terang menyuluhi bumi yang gersang dan ketandusan
Suara azan berkumandangan mengalunkan kesyukuran
Bersatu dalam kalimah ketakwaanBerkubur sebuah episod kejahilan duniawi
Tanda bermula sebuah kehidupan yang dinanti
Bergema suara kalam melimpah cahaya Ilahi
Tersebar risalah agung yang abadiBertitik tumpah darah perwira
Basah menitis di hujung pusara
Nyawa hilang sebagai tanda
Bersemadi rohnya di syurga sanaDetik ini senyuman tawa
Terukir kembali mengiringi perjuangan
Membawa erti kemerdekaan anugerah Ilahi
Terbinalah maruah ibu pertiwiEpilog perjuangan cinta yang satuBertitik tumpah darah perwira
Basah menitis di hujung pusara
Nyawa hilang sebagai tanda
Bersemadi rohnya di syurga sanaDetik ini senyuman tawa
Terukir kembali sekian lama
Memberi erti hakikat merdeka
Menjelma sebuah impian bermakna
Melestari harapan suci dan murni
Menyusur jejak langkah tercinta
Terbina maruah ibu pertiwiKejayaan, kejayaan
Epilog perjuangan
14. Imam Muda Asyraf – Rahmatan Lil ‘Alamin
LIRIK:
Sesungguh telah datang kepadamu seorang RasulDikaulah insan yang memaafkan umatmu
Terasa berat baginya pada tiap kesusahanmu
Yang amat mendambakan ketulusan iman bagimu
Menyebarkan cinta dan kasih sayang kepada umatnya
Tiada manusia yang terguris dengan sifatmu
Seluruh kehidupan terasa keasih sayangmu
Betapa alam tersentuh dengan pemergianmu
Rahmatan Lil'Alamin
Rahmatan Lil'Alamin
Kau pimpin tangan halus isterimu menuju ke pintu
Pehamu atas pijakan tika mereka memerlukan
Kau seru mereka dengan panggilan nama yang manja
Disandarkan dengan mesra tubuhmu pada mereka
Lembut tanganmu mengusap rambut anak kecil
Dikau cium mereka bagai mencium anakmu
Ketawa suka mereka berpaut dibahumu
Belaian manjamu terasa menyentuh di kalbu
Man La Yarham La Yurham
Man La Yarham La Yurham
Terdengar tangisan yang misteri disisi mimbarmu
Dari kehidupan pohon tamar yang kau sandar dahulu
Kau muliakan insan yang mencintai makhluk Tuhan
Walau hanya memberi minum pada haiwan kehausan
15. 6ixth Sense – Cintaku Padamu Seluas Angkasa
LIRIK:
Salamku kepadamu yang Nabi Allah
Junjungku kehadiratmu ya Rasul Allah
Rinduku kepadamu selalu dihatiku
Terluntur dijalanku yang Nabi Allah
Cahaya di hatiku ya Rasul Allah
Cintaku kepadamu selalu di hatiku
Sallallah ala Muhammad
Sallallah alaihi wassallam
Ya Nabi salam alaika
Salawatullah alaika
Cintaku padamu seluas angkasa
Terbentang di jagat raya
16. Wildan – Usah Berpaling Lagi
LIRIK:
Usah berpaling lagi tentang kisah semalam
Jalanmu masih jauh terus jangan berpaling
Usah kau pedulikan kata-kata nista
Usah dipeduli kata bersalut dusta
Kerna kau perlu percaya
Pada dirimu sendiri
Jalanmu masih jauh
Jangan engkau peduli
Pada fatamorgana
Yang memukau namun dusta
Biar masa berlalu
Jangan engkau berundur
Biar badai menderu
Biar ombak membadai
Yakinlah padaNya
Dia Yang Maha Mengetahui
Minta petunjukNya
Agar jalanmu tidak kan terhenti
17. Ayai Illusi feat. Altimet – Duniaku Dakwahku
LIRIK:
Ayuh
Duniaku dakwahku
Ya Rahim, mohon terangkan
Hatiku tikaku beri keterangan
Ya Karim, mohon senangkan
Usahaku caraku dalam menyebarkan
NamaMu, cahayaMu, wahidku, Kau yang satu
Satu kalam cetusan mindaMu
Kan menyubur indah imanku
Kala hatiku dirundungi mega
Kembali ke jalan syurgaNya
Tiada ikutan yang terpaling indah
Membawaku tenang di sana
Dakwahku seikhlas hati terbina
Pencetus rasa di jiwa
Hanya iman pengubat jiwa
Dakwahku ummah terbela
Yang buruk disangkal, yang benar dimulia
Tegakkan syariat di dunia
Tiada gentar tempuh segala
Hidup kita hanya milikNya
Takkan ku berpaling dariNya
Duniaku dakwahku selamanya
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Allahu
Allahu Akbar
Dakwahku percaturan
Dakwahku bak pelaburan
Moga esok nanti bila ia matang
Berbuah sebelum sangkakala datang
Biar dakwahku menjadi bekalan
Untuk aku, kamu dan semua kenalan
Banyak tarikan ranjau sepanjang jalan
Dakwahku menyuluh langkahku ke hadapan
18. UNIC – Seiring Sehaluan
LIRIK:
Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita
Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat
Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah
Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan
Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah
~ANUGERAH KHAS~
Amar – Macam Cantik Jer
Saya
cukup salute dengan saudara kita Amar yang all-rounder ni. Inilah satu
parodi yang sangat positif dan bukan sekadar kelakar semata-mata.
Senikatanya juga penuh nasihat yang menyedarkan kita bahawa keindahan,
kecantikan dan kemolekan rupa paras yang kita miliki adalah satu ujian
dan pinjaman kepada kita. Sesungguhnya segala kecantikan itu adalah
milik Allah SWT.
LIRIK:
Perhatikan keindahan alam dan diri
Betapa agungnya kuasa Ilahi
Hebatnya Dia Yang Maha Pencipta
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya
Macam cantik jer, macam comel jer
Semua ciptaan Allah
Macam cantik jer, macam comel jer
Segala pujian kembali pada-Nya
Macam cantik jer, macam comel jer
Indahnya Tuhan ciptakan kita
Macam cantik jer, macam comel jer
Ajaibnya alam semesta
Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa
Bersyukurlah kita dengan nikmat-Nya
Ustaz Jeffry Al-Buchori – Sepohon Kayu
Saya
mulai mengenali Allahyarham Ustaz melalui lagu Ya Robbana yang
dinyanyikan bersama oleh Pak Opick. Beliau adalah seorang insan seni
kelahiran Jakarta yang berbakat dan telah banyak berbakti kepada dakwah
islam. Al-Fatihah untuk beliau…
LIRIK:
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunnah yang ada bukan sembarang
Supaya Allah menjadi sayang
kami bekerja hatilah riang
Kami sembahyang lima lah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sadarkan diri
Hidup di dunia tiada berarti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Demikianlah
20 buah lagu nasyid yang terbaik buat tahun 2013. Jika ada yang tidak
tersenarai di sini, saya memohon maaf kerana ini adalah pemilihan
peribadi semata-mata (terpaksa keluarkan lagu Jatuh Bangun oleh Inteam).
Saya mengalu-alukan para pembaca sekalian untuk berkongsi lagu-lagu
nasyid kegemaran anda buat tahun ini di ruang komen untuk sama-sama kita
menghayati senilagu dan senikata lagu yang hebat-hebat ini.
Akhir
kata, insya-Allah kita bertemu kembali di tahun hadapan. Semoga arena
nasyid tanah air terus meriah diwarnai dengan lagu-lagu berunsur nasihat
yang tambah mendekatkan lagi kita kepada Allah SWT.
RINGKASAN SENARAI
- Hafiz Hamidun – Kasih Padamu
- Farid Sanullah – Don’t Forget Allah
- Mawi feat. Dato’ AC Mizal – Al Haq Yang Satu
- UNIC – Ikramul Kareem
- Mestica – Kasih
- Shahir AF8 – Aku Yang Berdosa
- Inteam feat. Edcoustic – Kau Ditakdirkan Untukku
- Nowseeheart – Maafkan Aku
- Inteam – Iman Aman
- Opick – Ya Maulana
- Hufaz – Selagi Ada Waktu
- Maher Zain – This Worldly Life
- Firast – Epilog Perjuangan
- Imam Muda Asyraf – Rahmatan Lil ‘Alamin
- 6ixth Sense – Cintaku Padamu Seluas Angkasa
- Wildan – Usah Berpaling Lagi
- Ayai Illusi feat. Altimet – Duniaku Dakwahku
- UNIC – Seiring Sehaluan
- Amar – Macam Cantik Jer
- Ustaz Jeffry Al-Buchori – Sepohon Kayu
ConversionConversion EmoticonEmoticon