Semoga entri ini berguna buat para wanita…
Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)
Perubahan
zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan
semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan
berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar
hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa
sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak
semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya
bahawa memakai pakaian syar’ie ialah satu ibadah dan bukan sekadar
berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi
yang lebih licik seperti di bawah.
Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan
Aurat
wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya
menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil
kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika
memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung..}. Di pasaran pula
banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang
terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa
pada pandangannya mahupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan
berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}
Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada
Setelah
menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan
berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang
merendahkan bahagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak
terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah
baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi
bahagian dadanya.
Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak
cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan
berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai…sekarang ini
ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..boleh kamu
tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu..tidak apa-apa, sebab
potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju
berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai
semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang)
Strategi Kelima – Membuka sedikit
Setelah
memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik
{susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa
terbatasi…apa kamu cuba kain
yang telah dibelah sampai ke lutut…nanti lebih senang kamu untuk
duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu
selesa…} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia
memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak
Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan
berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini…kain ini masih
bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas
tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km
berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain
singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis
Sekarang,
wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih
kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu
ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen
lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli
yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah
menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut.
Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis
Wanita
ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan
wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan
mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!!
tidak…sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan
menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang
seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit…di
pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh
betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka
pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
Strategi Kesembilan – Serba mini
Setelah
pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi
syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang
seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih
seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan
skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan
seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek,
merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk
berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan
sebagainya.
Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka
Muncul
pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan
berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu…kamu tak
perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya
menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila
semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak
diendahkan lagi.
sumber: http://ibnumalek.blogspot.com/2010/07/10-strategi-syaitan-membuka-aurat.html
sumber: http://ibnumalek.blogspot.com/2010/07/10-strategi-syaitan-membuka-aurat.html
ConversionConversion EmoticonEmoticon