Taufik Hidayat

Taufik Hidayat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Rekod pingat Olimpik
Badminton
Emas 2004 Athens Perseorangan
Taufik Hidayat
Maklumat peribadi
Tarikh lahir 10 Ogos 1981 (umur 29)
Tempat lahir Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Tinggi 1.76 m (5 ka 9+516 in)
Berat 64
Perseorangan lelaki
Negara Bendera Indonesia Indonesia
Tangan
kegemaran
Kanan
Jurulatih Mulyo Handoyo

Ranking tertinggi 1 (1998)
Ranking terkini 7 (26 Jun 2008)
BWF ID: 10337
Taufik Hidayat (lahir 10 Ogos, 1981, Bandung, Jawa Barat, Indonesia) merupakan pemain badminton perseorangan Indonesia dan memiliki ketinggian 176 cm. Beliau merupakan juara dunia 2005 dan juara Olimpik terkini bagi acara perseorangan lelaki. Beliau juga merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia enam kali (1999, 2000, 2002, 2003, 2004 dan 2006). [1]
Ketika Taufik masih muda, beliau menyertai kelab badminton SGS di Bandung. Setelah sekian lama menjalani latihan bersama Iie Sumirat, Taufik mempelajari kekeliruan gerak geri badan dan karakter dan juga taktik permainan ketika berada di jaring.
Hidayat beraksi di Sukan Olimpik 2004, menewaskan Hidetaka Yamada dari Japan dan Wong Choong Hann dari Malaysia pada dua pusingan awal. Pada pusingan suku akhir, Hidayat menentang Peter Gade dari Denmark 15-12, 15-12. Hidayat layak ke separuh akhir, yang mana beliau menentang Boonsak Ponsana dari Thailand 15-9, 15-2. Bermain pada perlawanan penentuan pingat emas, beliau menumpaskan Shon Seung Mo dari Korea Selatan 15-8, 15-7 untuk memenangi pingat emas. Pada Ogos 2005, beliau menumpaskan pemain nombor satu dunia Lin Dan dari China, 15-3, 15-7 dalam pertemuan perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Dunia IBF 2005.

Isi kandungan

[sorokkan]

Penyertaan bagi Pasukan Indonesia

 Pencapaian

  • 6 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Indonesia (1999, 2000, 2002, 2003, 2004, dan 2006)
  • 2 gelaran perseorangan lelaki Sukan Asia (2002 dan 2006)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia (2005)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Badminton Sukan Olimpik (2004)
  • 2 gelaran Piala Thomas bersama Pasukan Kebangsaan Badminton Indonesia (2000 dan 2002)
  • 3 gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia (2000, 2004 and 2007)
  • 2 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Singapora (2001, 2005)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Malaysia (2000)
  • Memenangi Terbuka Brunei Open ketika berusia 16 tahun

 Rujukan

 Pautan luar

Previous
Next Post »